Uji Kelajuan Website Anda Dengan 3 Speed Test Tools Ini Sekarang

Tidak dinafikan, page loading speed sangat penting bagi sesebuah blog atau website. Ia adalah parameter untuk menentukan secepat mana website/blog anda boleh dibuka di paparan media pelayar internet.

Perkembangan pesat dunia internet dan teknologi gajet hari ini memberikan data bahawa lebih kurang 60-70% pelayar web adalah terdiri daripada pengguna telefon pintar dan selebihnya pula adalah dari sumber pengguna desktop komputer.

Kenapa Website Mesti Laju?

Apa perasaan anda apabila terpaksa membuka sesebuah website atau blog dengan tempoh masa yang sangat lama?

Tajuk yang dikongsi sangat menarik perhatian, tentu kontennya bagus. Tapi bila dah klik link yang diberi, Masya Allah lamanya nak tunggu loading page artikelnya pun, lambat ya amat..

OK, term “lambat ya amat” ini bergantung kepada kesabaran seseorang individu. Ada orang, 5 saat loading tu dah dikira sangat lama dan mula hilang sabar.

Bagi sesetengah orang yang lain pula, loading dalam masa 30 saat tu masih kira ok lagi selagi dia tak tertidur. Agaknya berapa orang yang sabar dalam situasi Malaysia kita hari ini?

Berapakah page loading yang sepatutnya anda boleh terima? Sabar itu subur, tak sabar sila masuk kubur. Itu orang kata laa.

Purata Page Loading Speed Website Warga Malaysia

Kajian umum di Amerika oleh Kathryn Aragon mendapati kelewatan 1 saat page loading speed boleh membawa kepada kesan:

  • 11% penurunan pageviews
  • 16% penurun indeks kepuasan pengguna
  • 7% kehilangan conversion rate

Tambahan lagi menurut Akamai:

  • 47% daripada pengguna mengharapkan kelajuan loading website adalah sekitar 2 saat atau kurang
  • 40% pengguna akan pergi meninggalkan sesebuah website jika loading speed lebih daripada 3 saat
  • 50% pembeli online bersetuju bahawa page loading speed akan mempengaruhi kesetiaan mereka terhadap sesebuah website jualan.

Ok, itu data dari pengguna dan website di Amerika. Bagaimana di Malaysia?

Setakat ini tiada atau mungkin ada (belum ditemui) kajian yang seumpamanya. Hanya perkongsian tips untuk melajukan website yang banyak kita jumpa termasuklah dalam web masterjie.com ini. Hehe…

Berapa Kelajuan Website Anda?

Untuk tujuan mengukur page loading speed bagi blog atau website kita, berikut adalah 3 Website Speed test yang biasa dan sangat popular digunakan.

#1 – Pingdom Speed Test

Hanya perlu masukkan alamat URL website anda dan klik butang “Start Test”.

Pingdom Speed test Masterjie
Klik untuk ke Pingdom & uji kelajuan blog anda

#2 – GT Metrix

Hanya perlu masukkan alamat URL website anda dan klik butang “Analyze”.

GTMetrix Masterjie
Klik untuk ke GTmetrix & uji kelajuan blog anda

#3 – PageSpeed Insight

Hanya perlu masukkan alamat URL website anda dan klik butang “Analyze”. Skor website anda boleh dilihat pada dua tab sama ada:

Skor PageSpeed Desktop
Pagespeed Test Masterjie
Skor Pagespeed Mobile

 #Bonus РThink With Google

Test ini mungkin sedikit lambat tetapi dikira baik kerana ia datang secara ikhlas dan tulus daripada Google sendiri.

Hanya perlu masukkan alamat URL anda dan tekan “Next >>”.

Think With Google

Apa Perlu Buat Selepas Dapat Skor Page Loading Speed

Anda boleh rujuk prestasi website anda dengan tahap kategori page loading speed berikut:

  • Kurang daripada 1 saat >> Laju Gila
  • 1 hingga 3 saat >> Laju Terbaik
  • 3 hingga 7 saat >> Laju Biasa (Purata page load speed kebanyakkan website)
  • Lebih daripada 7 saat >> Kurang Laju

Dah tahu apa skor kelajuan loading website anda? Tahniah jika ia berada dalam kategori laju biasa hingga laju terbaik. Mungkin website anda masih baru atau memang diselenggara dengan optimum.

Jika anda beli hosting di Malaysia, dan dapat kelajuan daripada 1 saat, anda memang sangat hebat. Tentu ramai yang ingin berguru dengan anda.

Jika kelajuan website anda kurang memberangsangkan, jangan risau. Asalkan masih boleh dibuka hingga sempurna laman yang dituju, itu sudah cukup baik.

Yang penting konten yang anda cuba sajikan. Pastikan ia cukup baik dan buat orang sabar untuk menunggu kemunculan kontennya.

Anda juga boleh upgrade beberapa item di dalam website anda untuk menambahbaik prestasi page load speed ini. Banyak tips yang dikongsikan mengenai hal ini di dalam google search.

Atau nanti saya akan kongsikan beberapa tips di sini. In Shaa Allah, jumpa lagi.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *