Fungsi Internal Link Dalam Blog dan Website

Antara teknik SEO yang mudah untuk dipraktikkan ialah teknik Internal Linking. Di dalam artikel ini saya akan berikan definisi berkaitan, kelebihan dan manfaat serta perkara yang perlu dan jangan dibuat semasa proses internal linking.

Prosedur bagaimana cara membuat Internal Linking akan dikongsikan dalam tutorial membina internal linking.

Apa itu Internal Link?

Dalam bahasa mudahnya, Internal Linking ialah bagaimana kita mengaitkan isi kandungan artikel dengan post atau pages di dalam laman blog atau website kita sendiri.

Sekurang-kurangnya satu internal linking dalam artikel kita sudah memadai, lebih lagi baik tetapi berpada-pada.

Tutorial >> Cara Buat Internal Link Dalam Artikel

Kelebihan Teknik Internal Linking

Di antara kebaikan membuat Internal Link ialah:

#1 – Untuk kebaikan website atau laman blog:

  • Membantu enjin carian melakukan SEO secara mendalam terhadap keseluruhan isi laman blog atau website
  • Meningkatkan ‘Domain Authority‘ dan ‘Page Authority

#2 – Untuk kebaikan ‘Artikel’ atau ‘Page’:

  • Mendapat lebih banyak pageviews atau hit
  • Membantu promosi artikel atau page secara dalaman dan secara tidak langsung.
  • Menurunkan kadar ‘bounce rate’ (Peratus kecepatan pelawat keluar dari website setelah membuka halaman pertama)

#3 – Untuk Kebaikan ‘Pelawat’:

  • Memberi kepuasan pembacaan (user experience), kerana maksud sesuatu frasa atau kenyataan dapat diterangkan dengan jelas melalui bantuan sokongan sumber lain.
  • Memberi banyak informasi kepada pembaca secara lengkap
  • Membantu mewujudkan komuniti pembaca setia
  •  Menggalakkan pembaca share artikel kepada orang lain

#4 – Untuk kebaikan ‘Penulis’:

  • Menunjukkan kredibiliti dan authoriti penulis dan pembaca boleh share kepada rakan-rakan lain

Proses Internal Linking Dalam WordPress

Internal linking dalam WordPress boleh dilakukan sama ada secara manual atau menggunakan khidmat 3rd party plugin tertentu.

Bagi saya yang terbaik tentulah secara manual. Walaupun ia memakan masa tetapi ia adalah cara yang paling berkesan untuk dipraktikkan. lakukan sedikit kajian dan perancangan sebelum menulis artikel dengan memastikan keyword yang bersesuaian dan berpotensi untuk mempunyai link.

Mungkin agak rumit jika kita tidak bersedia dari awal. Sebelum artikel diterbitkan, mungkin terpaksa ‘hold on’ dahulu kerana internal link yang telah disetkan belum mempunyai sumber page atau post yang sempurna.

Jangan bantutkan usaha anda, memadai dengan bina satu internal link terlebih dahulu. Hasil dari pembelajaran dan pengumpulan maklumat dari semasa ke semasa, bina lebih internal link dan update artikel kemudian.

Tips Do’s & Don’ts Semasa Membina Internal Linking

Do’s

  1. Lakukan sekurang-kurangnya satu internal link dalam setiap artikel yang dihasilkan.
  2. Gunakan ‘Anchor Text’ yang bersesuaian, mengandungi keyword dan ayat yang ringkas.
    • Contoh: tips mencari jodoh, kedai repair smartphone terbaik, jubah lawung, etc.
  3. Bina internal link kepada page atau post yang berkualiti dan mengikut tahap authoriti

Don’ts

  1. Tidak melakukan ‘Keyword stuff’ iaitu lambakan keyword yang sama dalam satu artikel dan semuanya mempunyai link kepada page yang sama. Boleh dianggap ‘Spammy’ dan berisiko dikenakan penalti oleh Google.
  2. Hindarkan menggunakan ‘Anchor Text’ yang terlalu pendek dan terlalu general
    • Contoh: beli, kereta, kembali, diskaun, etc.
  3. Pastikan alamat URL yang dilampirkan pada internal link adalah betul. Sebarang kesilapan seperti ‘broken link’ menyebabkan pembaca langsung lari dari blog anda.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.