6 Fungsi Data Google Analytics Yang Blogger Suka Tengok Hari-hari

Mempunyai website blog sendiri memang sangat mengujakan. Lebih-lebih lagi cara nak bina blog sendiri hari ini memang mudah.

Google pula menawarkan platform website analitik secara percuma melalui aplikasi Google Analytics (GA).

Kita boleh melihat pelbagai data sama ada secara real time (live) atau yang telah direkodkan disepanjang tempoh blog/website kita semenjak ditubuhkan.

Banyak manfaat Google Analytics yang boleh dijadikan kriteria panduan untuk website kita.

Ia membolehkan kita memantau data penilaian penting website dari segi trafik, prestasi setiap entri, pageviews, bounce rate dan sebagainya.

6 Fungsi Data Google Analytics Untuk Website

#1 –  Berapa Ramai Pelawat Yang Datang dan Ke mana Mereka Pergi?

Data ini menunjukkan berapa orang pelawat yang sedang berada di website/blog kita sekarang. Dan data ini diupdate setiap saat.

Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan di mana pages/blogpost pelawat kita berada.

Oleh kerana ia direkodkan secara live, maka ia tidak ubah seperti melihat papan bursa saham yang ada data naik turun setiap masa.

Secara realitinya umpama kita melihat dari CCTV pelanggan keluar masuk ke dalam kedai kita dan kemana dia pergi. Best kan?

Google Analytics Active User On Site

Cara Akses: GA Dashboard >> Real-Time >> Content

#2 – Berapa Jumlah Pelawat Hari Ini?

Macamana pulak kita nak tahu berapa orang yang dah masuk ke website kita setakat tengahari ini? atau semalaman? atau seminggu/sebulan/setahun yang lepas? atau pada sekian-sekian haribulan?

Mudahnya kita boleh pergi ke bahagian Time Range (di penjuru kanan atas sekali). Setkan Date (tarikh mula dan tarikh akhir ) iaitu data dalam julat hari yang kita ingin lihat (boleh pick terus dari kalender).

Data ini sangat bagus jika kita ingin buat pemantauan terhadap prestasi trafik. Kita boleh melihat perbandingan sama ada peningkatan atau penurunan jumlah trafik secara harian/mingguan/bulanan/tahunan.

Atau tiba-tiba kita mengesan blog/website kita down. Jadi macamana kita nak tahu sejak bila ia down dan pukul berapa ia telah bermula?

Kita boleh siasat perkara ini dengan memilih tarikh tertentu dan lihat jam berapa data trafik mula menurun sehingga mencecah “0”. Itulah detik permulaannya website kita down.

Dari situ kita boleh semak sama ada aktiviti kita atau aktiviti server yang menyebabkan website kita down. Boleh print data ini dah hantar kepada support team hosting kita untuk kerja-kerja pemberitahuan dan pembaikpulihan segera.

Google Analytics Audience Overview

Cara Akses: GA Dashboard >> Audience >> Overview

#3 – Dari Mana Pelawat Datang?

Data ini menunjukkan sumber utama dari mana trafik datang ke website kita. Ia boleh sama ada daripada:

  1. Google/Organic – Daripada Google Search Result
  2. (direct)/(none) – Link direct (Whatsapp/Email/Mesenger/etc.) atau sumber yang tidak berjaya diklasifikasikan oleh GA
  3. (Platform)/Referral – Daripada platform media sosial atau search engine selain google (bing,ask, twitter (t.co), facebook, etc)

Bagi website yang aktif dalam penggunaan SEO, biasanya sumber trafik kuat datangnya dari Google Search).

Jika entri viral biasanya ianya akan menunjukkan data ketara sumber trafik daripada media sosial seperti facebook/referral.

Google Analytics Acquisition Source Medium

Cara Akses: GA Dashboard >> Acquisition >> All Traffic >> Source/Medium

#4 – Kata Kunci Apa Pelawat Suka Guna?

Setiap kehadiran trafik ke website kita pasti ada asbab dan caranya. Asbab mungkin dipengaruhi oleh niat pelawat itu sendiri.

Tapi macamana dia mereka boleh sampai ke blog kita atau macamna dia boleh tahu keberadaan blog kita di Google Search?

Pertalian kata kunci (keyword) yang mereka guna dan yang kita tawarkan adalah titik pertemuannya. Magisnya!

Apakah keyword yang pelawat gunakan sehingga mereka boleh klik untuk sampai ke website/blog kita di dalam senarai panjang hasil carian google search?

Process Flow dia lebih kurang macam ni:

Pelawat cari maklumat guna keyword carian (Organic Keyword)

Google padankan dengan keyword entri dalam website tertentu

Google senaraikan hasil carian sepadan dengan keyword pengguna

Pelawat klik website yang memenuhi kriteria carian mereka

Data direkodkan ke Google Analytics milik website tersebut (jika ada)

 

Jika website kita sudah berkembang pesat dan menjana trafik harian yang tinggi, kita boleh lihat senarai data keyword pelawat yang panjang.

Dari situ kita boleh analisis perkataan yang biasa mereka gunakan untuk membuat carian di Google Search.

Dengan bijak sekali, kita gunakan keyword-keyword ini dan masukkan dalam entri kita yang lama atau terbaru akan datang.

Jika caranya betul (teknik SEO), Inshaa Allah trafik akan meletup masuk ke blog kita. Mudah kan!?

Berbanding entri viral, mungkin ia tidak mempunyai data sebegini kerana entri diklik secara terus seperti yang lalu di newsfeed/mata pelawat (Facebook atau website referral contohnya).

Google Analytics Organic Keywords

Cara Akses: GA Dashboard >> Acquisition >> Campaigns >> Organic Keywords

#5 – Entri Mana Satu Yang Paling Popular dan Berkesan?

Kita sudah tentu ingin tahu dan melihat mana satu entri dalam blog/website yang pelawat suka lawati. Adakah ia disebabkan enti itu popular, viral atau sememangnya mengikut keperluan dan memenuhi kemahuan mereka?

Atau mudahnya mana satu entri/page yang paling banyak dapat klik daripada pelawat dan berapa lama mereka ambil masa untuk membacanya dan membuat tindakan mengikut CTA yang kita sasarkan (jika ada).

Semua data ini kita boleh lihat setiap satunya di dalam page Content Drilldown. Antara beberapa data analitik yang perlu kita ambil kira dan boleh buat penambahbaikan ialah:

  1. Pageviews – Lebih tinggi lebih bagus, menunjukkan data berapa kali entri ini diklik oleh pelawat dalam satu tempoh masa.
  2. Average Time On Pages: Lebih lama lebih bagus, menunjukkan berapa banyak masa yang diluangkan oleh pelawat untuk membaca entri kita.
  3. Bounce Rate: Lebih rendah peratusannya lebih bagus, menunjukkan berapa sesi pelawat klik page itu dan kemudian keluar terus atau pergi ke entri-entri terlebih sebelum keluar dari website kita.

Google Analytics Content Drilldown

Cara Akses: GA Dashboard >> Behaviour >> Site Content >> Content Drilldown

#6 –  Berapa Banyak Duit Dah Masuk?

Ka Ching! Sengaja saya namakan ia sebagai USD Meter kerana data ini menunjukkan sebanyak mana website kita telah menjana duit setakat jam/hari/minggu/bulan/tahun ini.

Datang duit daripada mana? Data ini khas untuk kegunaan bagi bloger-bloger yang ada pasang Google Adsense dalam website mereka termasuk saya. Dah ada akaun Google Adsense kemudian associate pulak dengan Google Analytics. Memang ngam…

Secara umumnya, potensi blog kita boleh jana duit adalah sebanyak USD 1 dalam setiap 10000 impression (jumlah iklan adsense dilihat dalam satu hari). Ia boleh lebih atau kurang bergantung kepada teknik adsense yang kita gunakan.

Untuk mengetahui berapa USD yang kita telah kumpul, boleh rujuk pada data Publisher Revenue. Banyak ke sikit ke, Alhamdulillah.

Google Analytics Publisher Earnings Overview

Cara Akses: GA Dashboard >> Behavior >> Publisher >> Overview

Ok semua data-data menarik yang masterjie senaraikan di atas adalah merujuk kepada data umum atau standard.

Ada banyak lagi data-data spesifik yang boleh kita setkan untuk tujuan tertentu mengikut kepakaran masing-masing.

Paling penting sekarang ialah macamana kita nak gunakan data-data ini untuk menambahbaik serta menaiktaraf prestasi blog masing-masing.

Ambil masa, fahamkan kegunaan data ini dan buat adjustment pada website serta konten blog kita kemudian. Inshaa Allah selamat maju jaya masterjie ucapkan.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *