Tutorial #2 – Cara Setup Theme di WordPress Yang Sangat Menarik

Semasa di awal pendaftaran akaun blog wordpress , kita telah diberi option untuk memilih theme untuk blog. Ia dianggap sebagai draf pemilihan theme.

Pada peringkat permulaan ini anda tidak perlu risau tentang penukaran theme. Cara setup theme di WordPress ini sangat mudah dan cepat untuk dilakukan.

Anda digalakkan mencuba beberapa theme yang difikirkan sesuai. Jangan terlalu cerewet dan terlalu memilih. Usah terleka kerana ‘Masa itu Emas’.

Jangan Cerewet Memilih Theme

Jika anda setuju dengan pemilihan draf theme itu, boleh skip Langkah#1 di bawah dan terus ke Langkah #2. Untuk menukar theme, anda boleh mengikuti sedari awal tutorial ini.

Sebelum pergi ke menu theme, saya sertakan beberapa tips ringkas sebagai panduan anda untuk memilih tema blog. Theme yang baik perlu dipilih berdasarkan kriteria berikut:

  • Berkaitan dengan niche, skop, fokus dan objektif blog anda
  • Ringan, ringkas dan kemas
  • Design yang responsif – sesuai untuk semua browser PC dan mobile friendly

 Cara Setup Theme Di WordPress Dengan Mudah

Langkah #1 – Akses ke ruangan Theme

#1.1 – Dari admin Dashboard, pergi ke Appearance >> Themes

#1.2 – Klik ‘Free’ di bahagian penjuru atas kanan paparan theme

#1.3 – Pilih kategori pemilihan anda berdasarkan kategori ‘Trending’, ‘Popular’ atau ‘Newest’ yang terdapat di bahagian penjuru atas kiri paparan theme.

#1.4 – Gerakan cursor anda merentasi mana-mana theme, klik petak ‘theme detail’.

#1.5 – Satu tetingkap mini akan muncul, anda boleh lihat ‘preview’ atau pun ‘demo’ lengkap theme tersebut.

#1.6 – Jika dah tangkap theme yang sesuai, klik butang ‘activate’. Selesai.

setup theme and customization

Langkah #2 – Customize Theme

#2.1 – Dari admin Dashboard, pergi ke Appearance >> Customize atau Appearance >> Themes >> klik butang ‘Customize’ pada theme yang sedang ‘active’ dipasang.

Terdapat 2 bahagian paparan iaitu dropdown tab list di sebelah kiri dan preview blog di sebelah kanan.

#2.2 – Go through dan pergi ke tab ‘Site Title & Tagline’. Klik dropdown menu yang berbentuk segitiga kecil.

Anda boleh isikan ruang ‘Site Title’ dan ‘Tagline’ blog anda. Tick check box ‘Display Header Text’. Contoh:

  • Site Title : LAMANBINABLOG
  • Tagline : Mudahnya Membina Blog

#2.3 – Jika anda ingin menukar default warna background dan elemen theme, pergi ke tab ‘colors & Background’. Pilih warna pallete yang berkenaan.

#2.4 – Jika anda mahir tentang grafik logo atau header, boleh upload imej header di ‘Header Image’ tab.

Dapatkan info cadangan saiz header yang bersesuaian dengan theme anda seperti yang diberitahu. Contoh: header size 3000 x 200 pixel – sorbet theme.

Rujuk cara design blog header untuk cipta header image anda sendiri di tutorial seterusnya

#2.5 – Jika ingin menukar design paparan menu, boleh pergi ke tab ‘Navigation’.

Anda boleh ubah kedudukan paparan menu di bahagian ‘Footer’ selain di bahagian header blog anda.

#2.6 – Untuk paparan ‘Widget’ tab, anda boleh masukkan sebanyak mana widget yang anda mahu dengan klik butang ‘+ Add a Widget’.

Explore bahagian ‘Sidebar’ dan ‘Header Column’ dan lihat perubahan di blog preview di sebelah kanan.

Dapatkan cara memuat widget ke dalam blog anda di tutorial seterusnya.

#2.7 Tamat tutorial untuk sesi ini. In Shaa Allah, berjumpa kita di tutorial yang lain.

setup theme and customization

Mudahnya Membina Blog by Masterjie

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.