Cara Set Gambar Profile WordPress Guna Gravatar Yang Sangat Mudah

Assalamualaikum,

Tutorial hari ini adalah berkaitan tentang cara nak set gambar profil wordpress atau foto profil wordpress atau admin user profile photo. Kenapa?

Website anda masih baru? Perasan tak kat penjuru atas kanan sekali dalam WordPress Dashboard anda ada petak kecil gambar ikon orang – Howdy, Masterjie (nama profil anda)?

Kalau masih kosong ia akan ditanda dengan ikon orang sebagai default setting. Jika dah ada (mungkin developer web anda dah setkan), anda boleh skip tutorial ini.

Gambar Profile Default

Apa Guna Gambar Profil Ni?

Selain terpapar di dalam WordPress Dashboard anda, gambar profil ini juga boleh dilihat pada:

#1 – Ruangan “About Author” : Jika anda ada set untuk display ruangan ini pada setiap akhir artikel anda.

#2 – Ruangan “Comment” : Ini sangat penting untuk menunjukkan identiti diri anda. Setiap komen anda sama ada dalam blog sendiri atau blog orang lain, ia akan diwakili dengan gambar profil yang anda telah setkan. Lainlah kalau anda suka dengan profil default ikon tu, boleh terus je gunakannya.

Gambar Profile

Macamana Nak Set Gambar Profil?

Langkah #1: Akses ke “Profile Page”

Ada beberapa option nak akses ke page ini iaitu sama ada:

  1. Cara #1:  Klik sahaja ikon “Howdy, [Nama Profil Anda]” tu.
  2. Cara #2: Dari WP Dashboard >> Users >> Your Profile

Langkah #2: Set  Nama & Contact Info

  1. Skrol ke bawah bahagian “Name” dan setkan “Nickname(required)” serta “Display Name Publicly as” sebagaimana yang anda mahu.
  2. Skrol sikit ke bahagian “Contact Info“, periksa alamat emel yang anda gunakan. Ini penting supaya nanti kita boleh gunakan emel yang sama untuk buka akaun Gravatar.

Langkah #3: Buka Akaun Gravatar

  1. Terus skrol ke bahagian “Profile Picture“, klik link “Gravartar” yang underlined & text warna biru. Anda akan di bawa ke web https://en.gravatar.com/
  2. Klik petak “Sign In” yang wujud pada penjuru atas kanan sekali website tu. Skip ruangan “Email Address  or Username” kerana kita belum ada akaun Gravartar lagi.
  3. Anda boleh buka akaun gravatar dengan option sama ada:
    • Cara #1: Daftar dengan akaun WordPress.com
      1. Klik butang “Create an Account.
      2. Masukkan data yang diperlukan (Penting! Emel kena sama dengan langkah 2.2)
      3. Klik butang “Continue
      4. Check emel anda >> Dapatkan emel dari WordPress.com >> Klik butang “Activation Account
      5. Anda akan menerima notifikasi “your wordpress.com account has been activated!
      6. Klik butang “Sign to Gravatar
    • Cara #2: Daftar dengan akaun Google
      1. Jika ada akaun google (ada gmail), boleh pilih login guna akaun tersebut. Hanya perlu klik butang “Continue with Google
      2. Ikut instruction & akaun Gravatar anda akan dibuka secara automatik

Langkah #4: Login ke akaun Gravartar anda

  1. Jika sudah berjaya buka akaun Gravartar, login ke akaun tersebut.
  2. Pada tab “My Gravartar” >> untuk set gambar profil imej, klik “Add a new image” >> Upload Image >> Crop Image >> Set Rating (Pilig rating G) >> Siap!
  3. Pada tab “My Profile” >> Isikan data “Name & Details” >> Pergi ke tab “Websites” >> Klik ikon “Add Website” >> Masukan url & nama website anda >> klik “Save Website” >> Siap!

Langkah #5: Aktifkan Imej Profil Anda

  1. Balik ke akaun Profile di WordPress Dashboard anda (Langkah 1.1)
  2. Refresh page anda >> Jika tiada masalah, profil imej akan bertukar mengikut akaun gravatar seperti yang anda set tadi.
  3. Tutorial tamat, tahniah anda berjaya.

Sesi Q & A

  1. Q: Kenapa imej profil tidak berubah setelah saya buka akaun Gravartar?
    • A: Periksa emel anda, pastikan ia wujud dan digunakan semasa pendaftaran akaun Gravatar. Periksa juga bahagian “Websites” (Langkah 4.3). Juga linkkan website anda dalam akaun wordpress.com.
  2. Q: Saya tak faham dan banyak masalah nak buka akaun Gravartar. Ada tak cara lebih mudah lagi?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.