Cara Pasang Google Analytics Di WordPress Untuk Pantau Trafik Website

Anda tahu bagaimana ingin memantau perkembangan statistik trafik yang datang ke dalam blog atau website kita?

Ya, cara paling efektif ialah dengan memasang Google Analytics dalam blog WordPress.

Tahu macamana cara nak pasang Google Analytics? Tutorial ini akan cuba membantu anda dan menerangkan tentang cara pasang Google Analytics dalam WordPress yang sangat mudah.

Apa itu Google Analytics dan Penting Ke?

Google Analytics (GA) adalah sebuah perkhidmatan analitik website yang disediakan secara PERCUMA oleh Google.

Dan menjadi keutamaan setiap blogger untuk melihat pencapaian blog melalui kehadiran trafik daripada audien sejak hari dari mula ia ditubuhkan secara live dalam platform internet.

Menarik bukan? Oppss… Bukan itu saja, GA juga menyediakan maklumat analitik performance setiap page/post yang ada dalam blog kita.

Sebelum pergi lebih jauh, jom kita pasang GA dulu.

Apa Yang Anda Perlu Ada?

  1. Website/blog WordPress milik anda sendiri selaku administrator
  2. Akaun Google untuk akses ke GA
  3. Plugin untuk hubungkan GA ke WordPress

Cara Mudah Pasang Google Analytics Dalam WordPress

Langkah 1: Sign Up Akaun Google Analytics

  1. Pergi ke website Google Analytics
  2. Anda akan diminta untuk login ke akaun Google. Jika sudah ada, anda hanya perlu sign-in. Jika tiada, sila create akaun Google, kemudian Sign In.
  3. Selepas anda berjaya sign in Google Account, anda akan dibawa ke paparan berikut.
  4. Klik butang Sign-Up
  5. Ikut arahan isi detail dalam form yang disediakan >> Klik butang “Get Tracking ID” >> Klik “I Accept” dalam window T&C GA
  6. Pendaftaran berjaya, anda akan di bawa ke Dashboard Google Analytics anda sendiri.
  7. Scroll down ke bahagian Website Tracking >> Copy Tracking Code Global site Tag (gtag.js) yang telah disediakan di dalam kotak >> Terus ke Langkah 2

Langkah 2: Install Plugin Insert Header and Footer

  1. Login ke WP Dashboard anda >> Pergi ke Plugins >> Add New >> buat carian plugin “Insert Header and Footer by WP Beginner” >> Install >> Activate

  2. Akses ke setting page plugin, WP Dashboard >> Settings >> Insert Header and Footer
  3. Paste kan Tracking Code yang telah di Copy dalam Langkah 1.7 tadi ke dalam kotak Script in Header >> Klik butang “Save
  4. Tutorial pasang GA dalam WordPress selesai!

Langkah 3: Uji Trafik WordPress dalam Google Analytics

  1. Pergi semula ke Dashboard GA anda tadi >> Tab “ADMIN” >> Tab “.js Tracking Code” >> klik butang “Send Test Traffic” > Satu window kecil mengarah ke website anda akan dibuka.
  2. Pergi ke tab “Real Time” >> Tab “Overview” >> Anda akan dapati 1 trafik aktif di WordPress Blog anda sedang direkodkan di dalam Google Analytics
  3. Anda boleh explore banyak fungsi tab lain dalam Dashboard GA & tutorial tamat di sini. Tahniah.

Tips dan Q&A Guna Google Analytics

Q1: Kenapa dah banyak hari tapi trafik ke blog saya masih “0”?

A1: Apa yang nak dirisaukan? Umur blog anda baru sahaja 2-3 hari. Mungkin Google Search Engine masih belum dapat data indexing yang secukupnya daripada blog anda. Beri masa sehingga Google dapat mengesan dan mengenali blog anda secara mendalam, baru bertaut cinta dan sayang.

Tips #1:

Pada masa ini, anda perlu tumpukan kepada pembangunan page dan artikel di dalam blog anda.

Mahirkan penulisan dan penerbitan artikel. Publish sebanyak mungkin artikel dan guna teknik SEO.

Buat perkongsian URL artikel anda pada plafform media sosial seperti FB, Twitter, Google Plus dan sebagainya.

Daripada tindakan ini, mungkin graf trafik anda akan mula meningkat secara perlahan-lahan.

Q2: Macamana nak tahu sumber trafik dalam blog saya?

A2: Anda boleh lihat secara general dalam tab Real-Time >> Traffic Sources. Atau untuk lebih detail, pergi ke tab Aquisition >> All Traffic >> Source/Medium.

Tips #2:

Seperti yang dinyatakan dalam tips #1 tadi, perbanyakkan perkongsian artikel anda di laman-laman sosial. Dari sini anda akan dapat melihat pelbagai sumber trafik yang datang ke blog anda.

Daftar website anda di laman ping website babab.net, mungkin boleh membantu buka pintu trafik pada peringkat awal.

Q3: Macam-macam la masterjie ni. Macamana kalau saya nak tahu pelawat blog saya pada hari-hari tertentu sahaja?

A3: Cheh. Mudah je. Pergi ke tab Audience >> Overview >> Pada option menu “Date Range”, klik mana-mana tarikh yang anda anda suka

Trafik harian blog
Pantau trafik blog macam main saham!

Tips #3:

Jika trafik anda semakin bertambah, anda boleh jumpa analisa bahawa jumlah pelawat adalah berbeza mengikut tertib hari dalam satu minggu.

Hari Isnin, Selasa dan Rabu adalah kemuncak trafik paling ramai berbanding hujung minggu (jika tertakluk kepada teknik SEO, dari sumber Google/organic). Lebih giat share artikel di FB mungkin dapat mengurangkan julat perbezaan ini (entri viral lagi bagus).

Trafik akan mungkin menjadi lebih teruk jika sesampainya di musim-musim perayaan atau public holiday tertentu seperti terutamanya di hari raya puasa. ramai orang off pc dan out off internet sekejap. So, boleh ikut cuti & kita enjoy!

Ali Baba Bujang Lapuk
Bin Sarjen: Sorry Chip! Hari ini hari Sabtu, setengah hari. Esok hari minggu, holiday. Kalau chip nak rompak, hari Isnin boleh la. Sori  daaa…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *