Cara Pasang Facebook Fan Page dan Like Box Pada Widget Sidebar WordPress

Ok, hari ni dapat request dari seorang warga FJM WordPress Academy kelolaan Masterjie tentang cara nak pasang Facebook Fan Page & Like Box dalam sidebar WordPress.

Pasang FB Page Widget

Pemasangan FB Page pada sidebar wordpress ini bukan suatu yang sangat penting. Ia lebih kepada untuk tujuan branding dan promote Facebook Page milik kita di website blog.

Bukan setakat FB, media sosial lain pun kita boleh letak di widget sidebar untuk tujuan yang sama. Keperluannya bergantung kepada individu.

Cara Pasang Facebook Fan Page dan Like Box Pada Widget Sidebar di WordPress

Berikut adalah langkah mudah cara untuk pasang FB Page Plugin dalam Blog anda. Sila ikuti dengan tenang dan sabar.

Langkah #1: Lawat ke Page Facebook For Developers

  1. Pergi ke page Facebook For Developers >> Docs >> Plugins >> Page Plugin Atau mudahnya klik Facebook Page Plugin ini.
  2. Dalam Page Plugin isikan maklumat berikut:
    • Facebook Page URL: Copy/paste link facebook page anda di sini
    • Tabs: Boleh pilih option timeline/message/event
    • Width: Isikan widget width (piksel) untuk fitkan saiz ke sidebar anda (jika perlu)
    • Height: Isikan widget height (piksel) mengikut kesesuaian sidebar anda (jika perlu)
    • Option lain: Dalam radio button option yang disediakan anda boleh pilih dan tick yang mana perlu dan difikirkan sesuai
  3. Lihat pada ruangan Preview untuk contoh paparan sebenar widget page plugin anda.
  4. Jika berpuashati, klik button Get Code

Facebook Page Plugin

Langkah #2: Pasang kod JS dan kod HTML pada blog

Dalam langkah 1.4 setelah klik button Get Code, akan keluar satu window JAvascript SDK yang memaparkan dua jenis kod berbeza. Satu kod Javascript SDK untuk header dan satu lagi kod HTML untuk widget sidebar.

    1. Pilih Apps ID Jika tiada, boleh create satu di sini: https://developers.facebook.com/quickstarts/
    2. Copy kod Javascript SDK yang diberikan.
    3. Pergi ke WP Dashboard >> Settings >> Insert Headers & Footers >> Pastekan kod Javascript SDK dalam petak “Script in Header” (jika sudah ada kod lain di ruangan ini, pastekan¬† kod JS SDK selang satu baris dibawahnya)
    4. Klik butang “Save
    5. Pergi semula ke page Javascript SDK dan copy kod HTML yang diberikan di petak kedua.
    6. Pergi ke WP Dashboard >> Appearance >> Widget
    7. Drag Text Widget ke sidebar anda (biasanya right sidebar) >> Klik tab Text >> Paste kod HTML >> Klik butang “Save

Facebook Javascript SDK

 

Pasang FB Fan Page Ke Widget WordPress

Langkah #3: Preview Blog

  1. Pergi ke website blog anda dan kesan kedudukan widget sidebar anda. Lihat hasil FB Page widget yang dipaparkan. Jika berpuashati, tutorial dikira TAMAT di sini.
  2. Jika tidak, anda boleh modify semula paparan FB widget dengan ubah mana-mana option dalam langkah 1.2. Teruskan ke langkah 2.5 hingga 2.7. Preview sekali lagi.
  3. Tutorial TAMAT. Tahniah jika anda berjaya mengikuti tutorial ini.

Contoh Facebook Fan Page Widget

Sekian, terima kasih.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.