Cara Mudah Daftar Blog Di Google Webmaster (Google Search Console)

Google telah membuat penjenamaan semula Google Webmaster Tools kepada Google Search Console sekitar tahun 2015, setelah ia digunakan selama 10 tahun sebelumnya.

Jadi, anda jangan “confuse” kerana kedua-dua tools ini merujuk kepada “service tool” yang sama daripada Google, dan ianya PERCUMA.

Kenapa Perlu Daftarkan Blog Anda Di Google Search Console?

Jika anda pemain teknik SEO dalam blog atau baru berjinak-jinak nak cuba SEO, anda patut daftar blog anda di Google Search Console sekarang. Kenapa?

Google Search Console adalah sebuah platform yang disediakan  supaya pemilik blog dapat mengoptimumkan website wordpress mereka di enjin carian (search engine) Google.

Mudahnya nanti, kita boleh lihat bagaimana blog kita dilihat oleh enjin carian Google (Google Search Engine). Malah, kita boleh lihat data indeks ini secara terperinci di dalam Google Search Console.

Sebelum pergi lebih jauh, kita cuba daftar website kita ke Google Search Console melalui tutorial ini dahulu. Mudah je ni.

Baca Juga >> Cara Daftar Google Analytics Pada Blog WordPress

Apa Yang Anda Perlukan?

  1. Website WordPress milik anda sendiri dan selaku administrator utama
  2. Akaun Google untuk urusan utama pendaftaran
  3. Plugin untuk hubungkan WordPress dengan akaun Google Search Console

Cara Daftar Website di Google Search Console

Langkah 1: Buka Akaun Google Search Console

  1. Pergi ke website Google Search Console
  2. Login guna akaun Google anda. Jika tiada, sila create satu akaun baru (juga diguna untuk login akaun Google Analytics).
  3. Setelah berjaya login, anda akan dibawa ke Dashboard Google Search Console >> masukkan Alamat URL blog >> Tekan butang “Add A Property
  4.  Kemudia anda akan diminta supaya membuat verifikasi pemilikan blog (Verify Site Ownership) anda tadi melalui Google Search Console >> Pilih tab “Alternate Methods” >> Klik radio button “HTML Tag” >> Copy Meta Tag yang diberikan >> Teruskan ke Langkah 2 (tinggalkan sebentar window Google Search Console)

Langkah 2: Install Plugin Insert Header and Footer

  1. Login ke WP Dashboard anda >> Pergi ke Plugins >> Add New >> buat carian plugin “Insert Header and Footer by WP Beginner” >> Install >> Activate

  2. Akses ke setting page plugin, WP Dashboard >> Settings >> Insert Header and Footer
  3. Paste kan Kod Meta Tag yang telah di Copy dalam Langkah 1.4 tadi ke dalam kotak Script in Header >> Klik butang “Save

Nota: Jika anda pengguna plugin khas untuk SEO, anda boleh abaikan step ini dan paste kod meta tags di sana (ikut cara masing-masing).

Langkah 3: Verify Website Ownership

  1. Kembali semula ke window Google Search Console dalam langkah 2.4 tadi, tekan butang “Verify
  2. Jika tiada masalah, anda akan dapat notifikasi “Site Verification Success” >> Klik “Continue“.
  3. Anda akan dibawa ke Dashboard Search Console yang baru dimana ada beberapa penambahan ciri di panel sebelah kiri. Anda boleh explore ciri-ciri tersebut satu persatu.

Langkah 4: Submit XML Sitemap

Ini langkah penting selepas kita daftar akaun Google Search Console. Sitemap adalah senarai halaman yang boleh diakses oleh semua pelawat yang datang ke blog kita (organik).

XML Sitemap pula adalah satu cara untuk kita beritahu kepada enjin carian Google (robot) segala halaman/pages yang wujud di dalam website kita.

Ia juga memberi data mengenai halaman yang penting mengikut prioriti dan yang mana selalu kita update. Apapun, XML sitemap tidak mempengaruhi ranking website kita di Google.

Cuma apa yang penting kita nak supaya artikel yang baru kita publish, lebih cepat di crawl oleh robot Google atau dikesan dalam data Google. Jadi, lebih peluang artikel tersebut untuk cepat tersenarai di halaman Google Search Result.

XML Sitemap lebih mudah dijana jika kita menggunakan plugin SEO seperti All in One SEO Pack, Yoast SEO atau The SEO Framework (dengan cara teknikal masing-masing).

Jika anda tidak menggunakan plugin SEO di atas, anda boleh sahaja cuba cara membuat XML Sitemap di wordpress guna plugin ini. Ikuti langkah berikut;

  1. Install dan Activate plugin Google XML Sitemap dalam platform wordpress anda.
  2. Dari WP Dashboard >> Settings >> XML-Sitemap >> Klik “http://domainanda/sitemap.xml” untuk lihat hasil XML Sitemap.
  3. Copy teks di hujung URL “/sitemap.xml
  4. Pergi ke Search Console >> Crawl >> Sitemaps >> Klik butang “Add/Test Sitemap” >> Paste/sitemap.xml/” pada petak URL >> Klik “Submit
  5. Penghantaran sitemap ke Google berjaya! Refresh page untuk update senarai sitemap. Pada tahap ini, beri masa beberapa hari kepada Google untuk melakukan “indexing” ke atas blog anda. Data akan dipaparkan di dalam Search Console selepas proses Crawling sempurna. Tutorial TAMAT.

Anda akan jumpa pelbagai fungsi dan kegunaan utama yang lain dalam Google Search Console nanti.

Salah satu yang menarik ialah, kita boleh pantau data Clicks, Impression, CTR dan Position setiap artikel yang telah diterbitkan melalui blog kita.

Sudah tentu ini data penting untuk lihat sejauh mana performance blog kita dan mengambil tindakan atas kekurangan yang perlu diperbaiki.

Selamat mencuba dan berjaya!.

Setiap artikel adalah pelaburan. Performance untung rugi boleh kita monitor dari Search Analytics di Google Search Console option.

Baca Juga >> Cara Pindah HTTP ke HTTPS Yang Sangat Mudah

Tips Hands-on Menarik!

Ok, ini sedikit menarik selepas anda sudah daftar blog di Google Webmaster (Search Console). Ada sedikit shortcut yang anda boleh cuba untuk hantar artikel baru ke Google dengan lebih cepat.

Jika anda publish artikel baru atau republish update artikel yang baru, anda boleh juga terus hantar artikel itu ke Google tanpa perlu pergi ke Search Console Dashboard.

Caranya mudah. Hanya perlu taipkan “Submit url to Google” di Google Search anda dan “Copy/paste” kan url artikel baru anda itu di kotak yang disediakan. Tekan butang “submit” dan siap!.

submit url to google
New Feature! Submit URL to Google

 

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.