Cara Migrasi HTTP ke HTTPS Untuk WordPress Dengan Mudah dan Pantas

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Secara teknikal standardnya, website kita boleh di akses melalui protokol url http://domainanda.com.

Jika anda memilih pakej hosting yang menyediakan setting autoSSL (seperti Exabytes, NetKL dan lain-lain), website anda juga boleh diakses melalui url https://domainanda.com secara automatik.

Cuba buka web site anda dengan url HTTPS. Jika berjaya, bermakna domain anda telah tersedia autoSSL.

Jika tidak, anda boleh maklumkan kepada support team hosting anda dan mohon aktifkan autoSSL pada domain anda (jika perlu).

Biasanya AutoSSL juga tersedia untuk subdomain dan addon domain.

Jika hosting tiada autoSSL, anda boleh beli SSL sama ada melalui hosting provider anda sendiri atau dari pihak ketiga dan aktifkan ke domain anda melalui cPanel.

Cara Migrasi HTTP ke HTTPS

Mengapa Perlu Cara Pindah HTTP ke HTTPS

  1. Website anda lebih selamat: Selamat untuk pelayar web apabila berlaku perpindahan maklumat peribadi melalui internet seperti kad kredit, kad debit dan sebagainya. Protokol Https memberi lebih perlindungan untuk fungsi ini.
  2. Untuk faktor Google ranking yang lebih baik: Walaupun kesannya sangat sedikit (lebih kurang 1% mengikut Neil Patel), Google tentu memberi lebih perhatian kepada website yang “secure’ berbanding lainnya bagi tujuan ranking di Google Search. Mungkin sekarang tidak, akan datang mungkin faktornya semakin tinggi.

Cara Mudah Tukar HTTP ke HTTPS

Apa yang anda perlukan?

  1. Anda ada website WordPress.
  2. Anda boleh akses ke Dashboard Wordpess sebagai Administrator
  3. Website anda boleh diakses melalui url HTTPS cuma default menggunakan protokol HTTP (sekarang tujuannya nak redirect semua protokol HTTP ke HTTPS)
  4. Plugin WordPress untuk proses penukaran pantas tanpa banyak masalah Mixed Content Error

Langkah 1: Install Plugin Really Simple SSL

Bagi mengelakkan banyak masalah pengaturcaraan secara manual di setting WordPress atau .htaccess Cpanel, penggunaan plugin amatlah memudahkan.

1.1: Pergi ke WP Dashboard >> Plugins >> Add New

1.2: Cari plugin Really Simple SSL >> Install >> Activate

Really Simple SSL Plugin

1.3: Keluar window “Almost Ready to migrate to SSL” >> Klik butang “Go ahead, activate SSL!

1.4: Refresh browser anda >> Login kembali ke WP Dashboard anda >> Settings >> SSL

1.5: Lihat tab konfigurasi >> Detected Setup Done (all right tick) >> Proses migrasi berjaya!

Cara Pindah HTTP ke HTTPS
Proses migrasi HTTP ke HTTPS berjaya

Langkah 2: Update Permalink jika perlu

2.1: Pergi ke WP Dashboard >> Settings >> Permalinks

2.2: Tick pada Custom Structure >> Save Changes

Cara Update Permalinks
Update Permalinks

Langkah 3: Check URL

3.1.1: Pergi ke penjuru atas kiri sekali WP Dashboard anda >> Right Click nama Akaun WP Anda >> Select Visit Site

atau

3.1.2: Pergi ke Browser komputer anda >> Taipkan URL domain anda dengan awalan HTTPS://

3.2: Perhatikan notifikasi “Secure” pada awalan url anda (pastikan website anda boleh dibuka).

Tukar HTTP ke HTTPS

3.3: Lakukan pemeriksaan pada semua page/post dalam web anda. Pastikan link/imej/related post/etc.  dapat dibuka tanpa sebarang masalah redirection.

3.4: Periksa lesen sijil SSL yang telah dipasang.

3.4.1: Right Click website anda >> Klik “Inspect” >> Pilih tab “Security” >> Lihat “Security overview

SSL Certificate
Periksa Sijil SSL

Tutorial Migrasi HTTP ke HTTPS Tamat

Alhamdulillah, kini anda telah berjaya lakukan migrasi HTTP ke HTTPS dengan sendiri. Berapa lama ambil masa untuk selesaikan tutorial ini? Ada sampai 5 minit tak?

Apapun TAHNIAH dari saya.

Mudahnya Membina Blog by Masterjie

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.