5 Tips Cara Menulis Artikel Dengan Baik Supaya Tidak di Blacklist Pembaca

Untuk menghasilkan sesebuah artikel yang baik, kita terpaksa menjadi 2 individu yang berbeza tetapi saling berkait rapat antara satu sama lain.

Iaitu seorang penulis dan seorang pembaca. Karakter penulis datang semasa menulis artikel dan karakter pembaca perlu datang selepas artikel diterbitkan.

Penulis perlu memahami kehendak pembaca dan pembaca perlu memahami apa yang disampaikan oleh penulis.

Jika titik kesamaan tidak wujud antara keduanya, maka tiadalah wujud ikatan unik jalinan pemikiran.

Akibatnya hasil penulisan kita akan bersendirian di pojok dunia virtual ini.

Penulis yang syok sendiri mungkin menyebabkan pembaca menjadi jelak dan akan lari dari blog kita. Atau lebih buruk lagi kita bakal di ‘blacklist’ oleh mereka. Ngeri bukan?

Untuk mengelak kejadian ini, saya titipkan beberapa tips yang mungkin anda boleh aplikasikan semasa menulis artikel.

Ia bukanlah wajib, tetapi sekadar panduan daripada saya untuk menghasilkan artikel yang standard dan mengikut piawaian kita sendiri.

Ia berdasarkan rujukan kepada penulis lain, pengalaman dan rating view pembaca.

#1 – Gunakan bahasa yang mesra pembaca

Entri seharusnya menggunakan bahasa yang sederhana, tidak terlalu ‘sophisticated’ ataupun bahasa ‘fancy’ atau rojak yang keterlaluan.

Gunakan bahasa penuh dan elakkan pengunaan bahasa kontot (shortform). Ia biasanya akan mengundang salah tafsir oleh pembaca. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan pembaca dari pelbagai kategori dan umur.

Usahakan sebaik mungkin agar artikel yang kita kongsikan memudahkan pemahaman ramai orang. Latihan berulang-ulang dan bersungguh-sungguh tentu mampu mengasah bakat menulis anda.

#2 – Struktur isi yang kemas dan tersusun

Mulakan ulasan isi dengan pendekatan yang mudah sehingga kepada yang agak mendalam. Susunan isi yang kemas membantu meningkatkan keseronokan membaca.

Elakkan point yang berulang-ulang dan berbelit-belit kerana boleh menyebabkan kecederaan pemikiran dan mematikan selera pembaca untuk membaca. Tidur lagi baik katanya.

Amalkan menulis dengan perenggan penulisan yang tidak terlalu tebal dan ayat yang panjang. Tujuannya bagi memudahkan pembaca menelan ‘point’ penting yang anda cuba sampaikan.

#3 – Semak sebaik mungkin hasil penulisan anda

Penulisan perlu dilakukan secara releks dan santai. Usah terlalu ghairah. Kecepatan itu terkadang boleh mengundang kesalahan pada struktur isi dan maksud ayat yang cuba disampaikan.

Bagi tidak menghilangkan mood membaca pengunjung blog anda, cuba semak sebaik mungkin artikel sebelum diterbitkan. Semak tatabahasa, penggunaan ayat, mood penulisan, klimaks dan CTA (Call to Action) jika ada. Kemudian baru publish artikel anda dengan tenang.

#4 – Perbanyakkan membaca buku atau rujukan lain

Penulis yang malas membaca tetapi mempunyai hobi menulis mungkin agak sukar untuk menghasilkan artikel yang baik. Kemungkinan penulisan hilang motif atau sekadar suka-suka.

Mulakan dengan membaca pelbagai sumber ilmiah, informasi, inspirasi dan pengetahuan umum. Secara tidak langsung ia akan membantu menajamkan pemikiran kita supaya berfikir secara logik dan sistematik. Lambat laun akan turut membantu skil penulisan kita.

#5 – Rehat sebentar bersama Kit Kat

Menulis artikel memerlukan kerajinan yang tinggi. Untuk mencapai target tertentu, penulis mungkin perlu banyak dan kerap menghasilkan artikel. Sehari satu artikel adakah mungkin?.

Akibat terlalu asyik menulis dan pemikiran yang terlalu terfokus kepada apa yang ditulis, sudah tentu meletihkan. Otak yang letih dan serabut boleh menyebabkan penulisan menjadi kabur dan hilang kompetensi.

Jadi, ambilah masa untuk berehat. Tutupkan laptop anda dan pergi bersiar-siar. Dapatkan kesegaran semula sebelum kembali menulis.

Kata pakar,

Terbitkan dahulu artikel yang siap ditulis, dan kembali semula selepas 3 hari untuk membacanya semula dan melakukan editorial.

– binablogdotcomsendiri.com

Pembelajaran itu bukan sekejap cuma. Ia memerlukan masa dan kesabaran. Bina dan latih penulisan anda dari masa ke semasa dan jangan berhenti.

Untuk menulis artikel dengan baik, ingat kunci ini:

Mudah difahami – Ringkas & kemas – Berinformasi

Semoga anda maju jaya dalam bidang penulisan. Selamat mencuba.

Mudahnya Membina Blog’ – by Masterjie

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.