Tutorial #4 – Teknik Asas Cara Menulis Artikel SEO

Artikel ini adalah berkaitan tutorial tentang teknik asas untuk menerbitkan artikel ke dalam blog. Ketahui bagaimana cara ‘Add New Post’, ‘Edit Post’, ‘Add Media’, set ‘Category’ & ‘Tags’, set ‘Featured Image’ & ‘Excerpt’ dan ‘Publish’ artikel.

Ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah #1 – Akses ke bahagian ‘Post’

  1. Dari admin Dashboard pergi ke tab ‘Post’ >> ‘Add New’
  2. Anda akan di bawa ke bahagian ‘Add New Post’. Tuliskan tajuk di dalam Heading Box ‘Enter title here’.
  3. Copy Paste atau tuliskan isi artikel di dalam ruangan ‘Body Copy Box’.
  4. Gunakan ‘Text Editor Toolbar’ untuk susunatur dan kemaskini struktur isi kandungan seperti H1 dan H2 Tags, blockquotes, insert/edit link dan sebagainya.

Add New Post

 Langkah #2 – Memasukkan imej berkaitan ke dalam artikel

  1. Klik butang ‘Add Media’ >> klik tab ‘Upload File’ >> klik butang ‘Select Files’ >> Pilih gambar dari direktori sumber anda >> klik ‘Open’upload-file
  2. Lihat ke bahagian ‘Attachment Details’ di sebelah sebelah kanan dan edit:
    • Tukar nama imej ‘Title’
      • Contoh: Nama asal imej coklat bar ialah chunky-11.jpg, tukar kepada ‘chunky-kit-kat’
    • Letakkan deskripsi pada ‘Alt Text’
      • Contoh: ‘Kit Kat’
    • Dapatkan tips untuk mengoptimumkan imej supaya mesra SEO
  3. Klik butang ‘Insert into post’ yang terdapat di bahagian bawah penjuru kanan ‘Insert Media’. optimize-image
  4. Tentukan rekaletak imej anda dalam post. Klik imej + hold dan gerakkan ke bahagian tertentu secara vertikal untuk meletak imej pada mana-mana baris artikel.
  5. Klik imej sekali lagi dan klik ‘pencil icon’ untuk edit gambar.
    • Pilih align untuk set kedudukan gambar di dalam artikel secara horizontal (kanan, kiri, tengah atau none) .
    • Tetapkan size gambar yang tertentu mengikut kesesuaian lebar page blog anda.
    • Selesai, klik butang ‘Update’.relocate-image
  6. Ulangi step 1 ~ 5 untuk imej gambar lain jika ada.

Langkah #2: Save draft dan preview artikel

  1. Klik butang ‘Save Draft’
  2. Klik butang ‘Preview’ untuk lihat gambaran artikel di dalam blog anda.
  3. Jika terdapat sebarang kesilapan, lakukan editing terhadap artikel anda jika perlu.

save-then-preview

Langkah #3 – Tetapkan ‘Category’ dan ‘Tags’ artikel

  1. Tentukan kategori artikel anda. Masukkan nama kategori dengan klik ‘+Add New Category’. Taipkan jenis kategori dan pilih ‘-Parent Category-‘ (option sub-Category) jika perlu.
    • Tips: ‘Category’ dianggap sebagai tajuk bab di dalam sesebuah buku. ‘Category’ amat membantu di dalam mengenalpasti skop blog secara umum, ‘tentang apa?’. Ia juga membantu memberi petunjuk kepada pembaca untuk mengakses jenis-jenis kandungan di dalam blog. Ia boleh mempunyai ‘sub-category’ untuk menunjukkan hierarki isi kandungan. Wajib diisi dan jika tidak, artikel anda dilabel sebagai default ‘uncategorized’. set-kategori
  2. Tentukan tags yang berkaitan untuk artikel. Pergi ke Tags >> tuliskan ‘Tags’ >> Add.
    • Tips: ‘Tags’ dianggap sebagai indeks yang terdapat di belakang sebuah buku ilmiah. Ia menerangkan artikel dengan lebih spesifik melalui kata ringkas. Merupakan mikro-data untuk menyusun artikel secara mikro-kategori. Tags tidak mempunyai hierarki. Meletakkan tags adalah ‘Optional.
      set-tags

Contoh:

  • Skop blog: Perkongsian tentang gaya hidup individu
  • Kategori: Makanan kegemaran, Melancong, Membeli belah dan Haiwan Peliharaan
  • Sub-kategori: Sarapan pagi, Resepi, Melancong di dalam negara, Melancong ke luar negara
  • Tags: Kuih Badak Melompat, Ayam Piru, Pulau Jeju, Homestay Kampung Balun, Meoww, dsb.

Langkah #4 – Menetapkan ‘Featured Image’ & ‘Excerpt’ untuk artikel

  1. Klik ‘Set Featured Image’ untuk meletakkan imej bagi mewakili artikel blog yang bakal diterbitkan. Kaedahnya lebih kurang sama dengan Langkah #2 di atas.
    • Tips: ‘Featured Image’ adalah thumbnail imej yang dipaparkan pada senarai artikel di hompage blog (Laman Utama atau Home). Ia juga dipaparkan apabila anda share link artikel di media sosial seperti Facebook, Pinterest, Google+ dan sebagainya. Jika tiada ‘Featured Image’ disetkan, sisipan artikel akan dipaparkan tanpa imej. featured-image
  2. Pada ruangan ‘Excerpt’ di bawah ‘Body Copy Box’, taipkan sinopsis atau rumusan ringkas berkaitan artikel anda. Fungsinya lebih kurang sama dengan ‘Feature Image’ cuma dalam bentuk teks. Jika tiada info ditaipkan di dalam ‘Excerpts’, artikel anda akan diwakili oleh sebahagian perenggan awal entri anda.set-excerpt

Langkah #5 – Terbitkan Artikel

  1. Klik butang ‘Publish’ untuk menerbitkan artikel secara rasmi di dalam homepage blog anda.
    publish-post
  2. Jika terdapat sebarang kesilapan atau anda ingin edit semula artikel anda, pergi ke:
    Admin Dashboard >> Posts >> All Posts >> bawa cursor ke tajuk entri >> klik ‘Edit’ atau ‘Quick Edit’

edit-published-post

3. Tutorial Tamat.

Sekian, selamat menulis…

Mudahnya Membina Blog by Masterjie

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.