Tutorial #5 – Cara Membuat Table dalam WordPress

Membuat table di dalam wordpress memang agak tricky sikit. Ada 3 kaedah yang boleh digunakan:

Cara #1 – Guna plugin wordpress

Memang banyak plugin yang boleh diguna untuk membuat pelbagai jenis table. Syaratnya kena wordpress.org atau wordpress berbayar.

Malang sekali kita tidak boleh guna plugin dalam wordpress.com.

Tapi tak banyak plugin yang menepati kemahuan kita. Ada kelemahan dan ada kelebihan. Kaedah ini kita tidak mahu sentuh di sini.

Cara #2 – Guna cara manual

Cara paling asas guna kod HTML. Cara ini tak lain dan tak bukan, lebih kurang sama macam belajar pengaturcaraan komputer.

Ok tak perlu belajar susah. Kita pinjam daripada orang yang dah agak mahir dalam kalangan kita.

Kita cuba praktikal di bawah:

  1. Copy/Paste kan kod html di bawah ke dalam text editor tab di dalam post anda:
<table style="margin:0 auto;">
<tbody>
<tr>
<td align="center">REPLACE THIS WITH IMAGE</td>
</tr>
<tr>
<td align="left">REPLACE WITH CAPTION</td>
</tr>
</tbody>
</table>

  1. Berikut adalah hasilnya:

Cara #3 – Guna Microsoft Excel dan khidmat 3rd party

    1. Buatkan table di dalam Microsoft Excel seperti mana yang anda mahukan
    2. Copy table excel anda
    3. Pergi ke http://tableizer.journalistopia.com/tableizer.php
    4. Pastekan fail excel ke dalam ruangan ‘Paste your cells from Excel, Calc or other spreadsheet here”
    5. Klik butang ‘Tableize it!’
    6. Anda di bawa ke window baru ‘Tableized’, copy kod HTML yang diberikan
    7. Pergi ke editing ‘Post’ anda pastekan kod HTML tadi di ruang tab ‘Text’
    8. Klik tab ‘Visual’ untuk lihat hasilnya
    9. Boleh juga klik ‘Preview’ untuk lihat hasil sebenar di dalam laman blog.
    10. Tutorial Tamat. Selamat mencuba!

Mudahnya Membina Blog by Masterjie

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.