Tutorial #3 – Cara Membuat Menu Di WordPress Yang Sangat Mudah

Di dalam tutorial ini, saya akan tunjukkan bagaimana cara membuat menu di wordpress. Ia bertujuan bagi membantu memudahkan pengunjung menavigasi laman blog kita.

Memasang Menu dapat membantu pembaca memahami susunatur kandungan blog yang kita cuba sampaikan mengikut skop kelompok topik tertentu.

Sila ikuti tutorial mudah berikut.

Langkah #1 – Create Page

  1. Dari dashboard admin pergi ke Pages >> Add New
  2. Taipkan ‘Siapa Saya’ pada ruangan ‘Enter Title Here’
  3. Klik butang ‘Publish’
  4. Untuk lihat senarai page yang telah dibuat pergi ke Pages >> All Pages
  5. Ulangi step 1 – 3 untuk tambahan page berikut:
  •  Hubungi Saya
  • Register Ahli
  • Senarai Produk
  • Testimoni

design-menu

Langkah #2 – Create Menu

  1. Dari Dashboard pergi ke Appearance >> Menus
  2. Masukkan ‘Menu Utama’ dalam ruangan ‘Menu Name’
  3. Klik butang ‘Create Menu’

Langkah-2

Langkah #3 – Import Pages ke Menu Structure

  1. Pergi ke ruangan petak sebelah kiri bertajuk ‘Pages’ dan klik tab ‘View All’
  2. Klik underline text ‘Select All’ >> Semua check box pages akan automatik di tick
  3. Klik butang ‘Add to Menu’ >> Semua pages automatik akan dimasukkan ke dalam ‘Menu Structure’

design-menu

Langkah #4 – Edit Menu Label

  1. Klik pull down menu pada petak ‘Home’, iaitu bertanda segitiga kecil >> ‘Home’ adalah custom menu sedia ada, tiada di dalam langkah #1 di atas
  2. Di ruangan bawah ‘Navigation Label’, tukarkan nama ‘Home’ kepada “Laman Utama’, jika perlu.
  3. Jika ingin edit pada petak page lain, guna cara yang sama.
  4. Pull up semula menu yang telah dibuka.

design-menu

Langkah #5 – Menyusunatur Struktur Menu

  1. Drag up atau down menu untuk susun atur senarai menu seperti yang dikehendaki di bawah.
  2. Tick check box ‘Primary Menu’ di bahagian bawah ‘Menu Settings’
  3. Klik butang ‘Save menu’ di penjuru kanan sama ada atas atau bawah.

design-menu

Langkah #6 – Lihat Hasil Kreativiti Anda

  1. Pergi ke penjuru kiri sebelah atas ruangan Dashboard, klik ‘My Sites’ >> right klik ‘View Site’ >> pilih ‘Open link in new tab’
  2. Lihat hasil menu yang anda design pada ruangan di bawah header blog.
  3. Jika terdapat sebarang masalah dan ingin ubah menu, sila kembali ke Dashboard >> Appearance >> Menu
  4. Selesai edit, refresh semula page blog anda untuk melihat sebarang perubahan.
  5. Tutorial tamat. Sekian terima kasih.

Mudahnya Membina Blog by Masterjie

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.