Cara Membuat App ID Facebook Dalam Masa 3 Minit

Anda baru sahaja memasang Facebook plugin di website milik anda sendiri? Atau anda baru sahaja dapat idea nak hubungkan Facebook (Apps atau plugin) dengan website anda? Macamana caranya?

Ada banyak kegunaan Facebook plugin yang sesuai dan bermanfaat untuk website kita. Antaranya facebook apps yang boleh kita pasang di website ialah:

  1. Facebook Instant Articles (IA)
  2. Facebook Comment Plugin
  3. Facebook Fan Page Like Box
  4. dan banyak lagi

Tutorial Cara Membuat App ID Facebook Untuk WordPress

Langkah #1: Lawat ke Facebook Developer Quick Starts Page

1.1: Pergi ke Facebook Developer Quick Starts Page >> Klik “WWW” untuk pilihan website

Cara Membuat App ID Facebook

1.2: Taipkan Nama App >> Klik butang “Create Facebook App ID

Cara Membuat Facebook App ID

1.3: Tukar nama App jika perlu >> Isikan alamat email >> Klik butang “Create App ID” (baca polisi Facebook jika perlu)

Cara Daftar Facebook App ID

1.4: Copy kod SDK Javascript yang diberikan

Cara Create Facebook App ID

Langkah #2: Copy & Paste Kod SDK Javascript Dalam WordPress

2.1: Install & activate plugin Insert Headers & Footers by WPBeginner

Insert headers and Footers Plugin

2.2: Pergi ke WP Dashboard >> Settings >> Insert Header & Footers

2.3: Pastekan kod javascript yang di”copy” dalam langkah 1.5 tadi ke dalam ruangan “Script in header” (jika sudah ada kod lain, sila paste kod selang satu baris di bawahnya)

Cara Dapatkan Facebook App ID

2.4: Klik butang Save

Langkah #3: Dapatkan Facebook App ID

3.1: Kembali ke page App Configuration (terakhir di langkah 1.5), skrol ke bawah sedikit.

3.2: Taipkan alamat URL website dalam ruang yang disediakan >> klik butang NextCara Dapatkan Facebook App ID

 

3.3: Muncul tab Next Steps >> boleh explore atau klik text “Skip to Developer Dashboard

3.4: Dalam page App Dashboard, akan ditunjukkan App ID No. Boleh copy & paste kan App ID ke FB plugin untuk hubungkan website dengan platform FB.

3.5: Untuk Copy App Secret No., perlu klik butang Show supaya kita dapat lihat siri nombor APP Secret (biasa digunakan untuk proses install Facebook Instant Articles)

3.6: Tutorial TAMAT.

Cukup tak 3 minit? Haha kalau setakat Create App ID memang cukup masa tu. Ok lah, tak perlu terburu-buru nak pasang App ID.

Takpe, buat slow-slow je & faham step satu-satu. Inshaa Allah semuanya jadi mudah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.