Tutorial #9 – Cara Masukkan Video Dalam WordPress

Selain imej / gambar / foto, video juga turut boleh dikongsikan di dalam post WordPress. Secara umumnya ia dipanggil proses “Embedding Video”.

Secara teknikalnya, video tidak boleh di’upload’ secara terus ke dalam wordpress.com. Selain banyak menggunakan ruang shared-hosting (wordpress.com), ia juga turut berupaya membawa kesan ‘crash’ kepada akaun wordpress anda.

Jadi, cara terbaik adalah melalui option pihak ketiga seperti youtube.com, vimeo.co, flickr.com atau selain yang sewaktu dengannya.

Caranya? Ikuti step by step cara share video ke dalam post wordpress.com anda seperti berikut:

Langkah #1: Dapatkan “Embed Code” video kesukaan anda:

Youtube:

  1. Pergi ke youtube.com dan cari video yang ingin dikongsi di dalam artikel
  2. Di bawah deskripsi video, Klik tab ‘Share’
  3. Klik tab ‘Embed’ dan copy kod yang diberi. Atau boleh tekan butang ‘Show more’ untuk pilihan beberapa option tertentu video tersebut.

youtube-embed-code

Vimeo:

  1. pergi ke vimeo.com dan cari video yang ingin dikongsi di dalam artikel
  2. Guna option “search” dan taipkan video anda. Cth: ireach
  3. Di dalam paparan video, lihat penjuru kanan atas. Klik icon ‘share’ berbentuk kapal terbang kertas
  4. Tetingkap ‘Share This Video’ akan muncul. Copy ‘Embed Code’ yang di beri. Atau boleh klik ‘Show Option’ untuk pilihan beberapa option tertentu video tersebut.

vimeo-embed-code

Langkah #2: Pastekan ‘Embed Code’ ke dalam artikel blog

  1. Pergi ke Dashboard >> ‘Add New Post’ ( atau post sedia ada yang mana anda ingin letakkan video disitu)
  2. Dalam ruangan menulis artikel, pick tab ‘Text’ (penjuru kanan atas)
  3. Pastekan Embed Code video dalam Langkah #1 di atas tadi.
  4. Klik ‘Visual’ tab, kod tadi akan dipaparkan dalam bentuk video preview kosong. Jangan risau, ia sememangnya begitu dan jangan pelik jika tidak boleh tekan button play.

Langkah #3 – Tonton video penuh di preview blog

  1. Buatkan sedikit entri pada artikel, atau deskripsi ringkas berkenaan video yang ingin dikongsi.
  2. Klik butang ‘Save as draft’ atau ‘Update’
  3. Klik butang ‘Preview’ dan tonton video anda.

Langkah #4 – Center Adjustment video anda (align center)

  1. Jika paparan video anda menunjukkan posisi ke kiri (float), anda boleh ubah kedudukannya supaya berada di tengah-tengah post artikel menggunakan kod HTML.
  2. Copy kod HTML di bawah dan pastekan di bahagian text. Kemudian pastekan ‘Embed Code’ video di tengah antara dua kod HTML <p> dan </p>. Lihat contoh di bawah.
 <p style="text-align:center">PASTEKAN VIDEO EMBED CODE DISINI!</p>

cara embed video

Langkah #Bonus – Video tutorial cara meletakkan video youtube & vimeo ke dalam post wordpress

Cara Embed Video Youtube

Cara Embed Video Vimeo

Mudahnya Membina Blog by Masterji

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.