Tutorial #8 – Cara Buat Internal Link Dalam WordPress

‘Internal Link’ adalah proses yang mudah dan amat membantu dalam konteks SEO. Terdapat beberapa kepentingan dan kelebihan di dalam membina Internal Linking.

Ia membabitkan beberapa post atau pages yang dihubungkan melalui perantara ‘Anchor Text’ di dalam isi kandungan sebuah artikel tertentu.

Ia menggunakan fungsi ‘Insert/Edit Link’ sebagai writing tool untuk membuat ‘Link’.

Di dalam tutorial kali ini, saya akan kongsikan beberapa langkah-langkah tentang bagaimana membina internal linking secara manual ke dalam post atau pages WordPress anda.

Langkah #1: Memilih Anchor Text

  1. Di dalam artikel penulisan anda, pilih perkataan tertentu atau ‘Anchor Text’ yang bersesuan untuk anda membuat linking.
  2. Highlight perkataan tersebut dan klik icon ‘Insert/Edit Link’pilih-anchor-text

Langkah #2: Memasukkan Link URL Page atau Post

  1. Anda boleh memasukkan link URL secara manual. Pergi ke page atau artikel yang ingin dijadikan sebagai sumber link di laman blog atau website anda, copy alamat URL dan pastekan ke dalam petak URL dalam tetingkap Insert or Edit Link.Insert-link-manual

 Atau,

  1. Melalui tetingkap Insert or Edit Link, anda boleh scroll di bahagian carian untuk akses link URL alamat page atau post anda. Klik tajuk page atau post dan ia akan dimasukkan ke dalam petak URl secara automatik. Ini lebih cepat dan tepatdan berpotensi mengelakkan masalah ‘broken link’.insert-link-automatik
  2. Masukkan nama link yang berkaitan di dalam petak ‘Title’. Ia akan ditunjukkan apabila pointer cursor pergi ke perkataan atau ayat yang mengandungi link di dalam publish post atau page anda.

Hasil-Internal-Linking

Langkah #3: Optional Membuka Link Dalam Tab yang baru di Browser

  1. Anda boleh tick petak kecil ‘Open link in a new window/tab’ yang wujud di bawah petak title. Fungsinya, apabila pembaca klik ke perkataan yang mengandungi link di dalam blog atau website anda, ia akan dibuka di window atau tab yang baru di browser internet. Ia lebih mesra pembaca di pc atau laptop kerana tidak perlu ‘backward’ dan ‘forward’ untuk kembali ke artikel anda.
  2. Jika anda tidak mahu fungsi ini, boleh biarkan ia ‘untick’. Ia mungkin sesuai untuk aplikasi android atau mobile.

Langkah #4: Preview Post atau Post Anda dan Lakukan Semakan

  1. Anda boleh ulangi Langkah #1 hingga #4 sekali lagi untuk menambah Internal Linking yang lain ke dalam artikel anda.
  2. Preview artikel anda dan uji internal linking yang telah dibuat. Pastikan tiada ‘broken link’.
  3. Jika ingin memadam link, boleh guna fungsi icon ‘Remove Link’ di sebelah icon ‘Insert/Edit Link’.
  4. Tutorial tama sehingga di sini. Terima Kasih

Mudahnya Membina Blog by Masterjie

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.