Tutorial #1: Cara Buat Blog Sendiri Percuma Dengan WordPress.com

Anda ingin tahu cara buat blog sendiri percuma? Tapi tak tahu macamana nak mula? Apa step pertama untuk bina laman blog sendiri tanpa perlu bayar apa-apa?

Ramai orang ingin memiliki laman blog sendiri. Tidak kisahlah sama ada untuk tujuan peribadi, berniaga atau sebagainya.

Bagi orang baru seperti kita, ada banyak medium yang boleh digunakan untuk menghasilkan laman blog kepunyaan sendiri.

Antaranya adalah melalui platform wordpress. Ia menawarkan perkhidmatan laman blog percuma bagi anda yang baru dan ingin mula belajar tentang selok belok bina laman blog sendiri.

Berikut saya tunjukkan tutorial mudah cara buat blog sendiri dengan percuma di wordpress.com.

Bermula dengan hanya mendaftar akaun wordpress.com, kini anda boleh memiliki laman blog sendiri.

Sila ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah #1 – Register akaun percuma wordpress.com

#1.1 – Pergi ke laman www.wordpress.com.

#1.2 – Klik butang “Create Website”.

login-wordpress

Langkah #2 – Pilih nama blog (site address)

#2.1 – Fikirkan nama yang sesuai, masukkan di dalam ruangan Site “Address”.

  • WordPress.com akan check availability nama blog yang anda pilih secara automatik.

#2.2 – Setelah selesai memilih, klik butang ‘Create Your Website and Continue”.

nama-blog

#Tips:

Nama blog haruslah ringkas, menarik, mudah diingat dan sesuai dengan objektif blog yang ingin dibina.

Nama blog seharusnya tidak terlalu panjang, memadai dengan 2 ~ 3 patah perkataan sahaja. Contoh:

  • bloggerharian.wordpress.com
  • lamanidaman.wordpress.com
  • akudandia.wordpress.com

Langkah #3 – Isikan maklumat anda

#3.1 Masukkan ‘Email Address’

  • Alamat email hendak yang selalu anda ingat dan aktif digunakan.

#3.2 – Masukkan ‘Username’

  • Username hendaklah melebihi 4 karakter dan available

#3.3 – Masukkan ‘Password’

  • Password sekurang-kurangnya 8 karakter dan tidak sama dengan username

 #3.4 – Setelah selesai, klik butang ‘Next Step’.

maklumat-akaun

#Tips:

Untuk memudahkan urusan di kemudian hari, catatkan nama blog, username, email dan password anda pada tempat yang difikirkan sesuai.

tips-simpan-maklumat

Langkah #4 – Skip ‘find a custom address’

#4.1 – Untuk step ini, klik butang ‘No, Thanks’ untuk skip melainkan anda ingin membeli domain name blog anda sendiri.

Langkah #5 – Pilih ‘theme’ blog

#5.1 – Pilih mana-mana theme blog yang anda suka, dan pastikan ia percuma.

Tidak perlu risau, theme yang telah dipilih boleh ditukar kemudian di dalam ruangan admin dashboard

Langkah #6 – Pilih plan percuma sepanjang hayat

#6.1 – Dalam step ini, anda akan di’offer’ beberapa plan untuk laman blog anda. Pergi ke petak pertama dan klik ‘Select Free’.

Langkah #7 – Laman blog telah siap dibina

#7.1 – Tahniah! blog anda telah siap dibina. Anda boleh explore ruangan ini, tetapi banyak yang anda tidak boleh buat selagi anda tidak follow langkah #8 di bawah.

#7.2 – Ataupun boleh skip step ini dengan klik highlight text ‘skip these steps’ di bahagian paling bawah page. Anda akan di bawa ke paparan akaun wordpress.com anda.

  • Lihat laman blog anda dengan klik ‘view site’.
  • Lihat admin dashboard dengan klik ‘WP Admin’.

Langkah #8 – Verify email address

#8.1 – Login ke akaun email anda, pastikan anda menerima email dari wordpress.com untuk email verification.

#8.2 – Klik pada email dari wordpress.com dan klik pada link yang disertakan di dalam email.

Verification Complete. Anda akan dibawa ke laman blog anda secara automatik. Atau, pergi ke browser anda, taip nama laman blog anda dan tambah ../wp-admin di akhirnya. Sebagai contoh:

  • www.lamanbinablog.wordpress.com/wp-admin

#8.3 – Masukkan ‘Username’ dan ‘Password’ untuk login ke dashboard admin laman blog anda.

#8.4 – Tahniah! Kini anda dapat 100% control akaun blog anda. Cabaran berblogging kini bermula. Mulakan dengan post artikel pertama di blog anda, semestinya tentang keterujaan atau ucapan selamat datang.

Mudahnya Membina Blog – by Masterjie

10 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.